SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS20 | Selangor FC vs Sri Pahang FC | Cabaran Tok Gajah Menanti

Feb 08, 2025 - FAS

Selangor FC meneruskan perjuangan saingan Liga Super 2024/25 menentang Sri Pahang FC pada jam 8:15 malam ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Ini merupakan pertemuan ke-128 di antara #SFCSRP. Gergasi Merah telah memenangi 66 perlawanan dan 29 seri. Selain itu, 222 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini. 

Katsuhito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, pasukan akan terus fokus untuk mendapatkan keputusan terbaik pada malam ini.

“Pertama sekali, ini kali kedua kami menentang Sri Pahang, pertemuan kali terakhir mereka jelas lebih kuat daripada kita, jadi kita perlu tunjukkan perbezaan untuk menentang mereka bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik. Pasukan sentiasa fokus untuk beraksi mengikut cara kita, bukan hanya menentang Sri Pahang hari ini, malah menentang pasukan lain juga. Saya yakin para pemain akan lakukan yang terbaik untuk penyokong Merah Kuning,” kata Kinoshi.

Bagi keberadaan pemain, Noor Al-Rawabdeh telah melepasi bulan kedua pemulihan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL). Selain daripada beliau, pemain-pemain Gergasi Merah yang lain bersedia untuk diturunkan pada malam ini. 

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan beraksi dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan terbaik untuk para penyokong. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!